SEKIRANYA menyusuri laluan Persiaran Kemajuan dari Bangi Gateway di Bangi menuju ke arah Bandar Baru Bangi, pemandangan kita pasti akan tertumpu ke arah sebuah bangunan tinggi yang terletak di bahagian kanan jalan. Terletak kurang dua kilometer (km) dari Bandar Baru Bangi dan kira-kira 5km dari Universiti Kebangsaan Malaysia, bangunan baharu yang tersergam indah tersebut merupakan Hotel Tenera yang baru sahaja memulakan operasinya hujung tahun lalu. Di sebalik kewujudannya yang terletak…










