Hospital Pakar KPJ Perlis lancar Pakej Kesihatan Guru - Utusan Malaysia

Hospital Pakar KPJ Perlis lancar Pakej Kesihatan Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Hospital Pakar KPJ Perlis menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri dengan memperkenalkan Pakej Kesihatan Guru kepada lebih 1,000 warga pendidik di negeri itu.

Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Perlis, Sharian Hussain berkata, pakej pemeriksaan perubatan komprehensif itu merangkumi ujian darah, gula, kolesterol, buah pinggang, asid urik dan hati.

“Melalui promosi ini, harga yang ditawarkan ialah RM63 sahaja berbanding harga sebenar iaitu RM79  dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana kami mempunyai lapan doktor pakar selain peralatan perubatan yang canggih serta tidak mengira peringkat usia guru.

“Kami berharap dengan pengenalan pakej ini dapat meningkatkan lagi taraf kesihatan warga pendidik di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada Program Karnival Hari Malaysia dan Perasmian Penutupan Perayaan Bulan Kebangsaan 2018 di hospital itu hari ini.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad, Rokiah Che Hassan dan wakil Jabatan Pendidikan Perlis, Shaharudin Mahmud.

Hospital Pakar KPJ Perlis merupakan satu-satunya hospital swasta di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN