KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam. Hishammuddin yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO walau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut hanya untuk mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara. “Itu sahaja yang dibincangkan, tiada soal lain. Menjawab dakwaan kononnya akan keluar parti, bagi saya tiada sebab untuk keluar UMNO sekarang. “Tetapi…










