TUMPAT 26 Sept. – Lebih sedekad hidup bergelumbang dengan timbunan sampah-sarap di dalam sebuah rumah di Kampung Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor, di sini tidak sedikitpun menimbulkan rasa jijik kepada seorang wanita pesakit mental. Difahamkan, wanita tersebut, Wan Hafsah Che Awan, 39, yang tidak mempunyai keluarga dan hidup sebatang kara, berubah menjadi tidak terurus selepas kematian ibu dan bapa angkatnya, 15 tahun lalu. Jirannya, Che Omar Isa, 68, berkata, Wan…










