TIDAK dinafikan, agak lama kita tidak mendengar perkhabaran penyanyi yang pernah popular kira-kira sedekad lalu, Hetty Sarlene. Antara karya yang pernah mengangkat namanya, termasuklah lagu Sangsi Asmara yang popular pada tahun 2001 serta drama bersiri Sembilu Kasih sekitar 2007. Bagaimanapun, selepas itu, namanya tenggelam dibawa arus masa beberapa tahun lamanya. Sehinggalah, berita mengenai dirinya muncul semula apabila gadis kelahiran Singapura itu berhasrat mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka Inggeris, Daniel Oakes…