ROMPIN 17 Sept. – Polis menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu tentang kes kehilangan 16 orang kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dari sekitar daerah ini yang kononnya diculik untuk diambil organ dalaman. Penularan berita palsu melalui aplikasi WhatsApp sejak dua hari lepas telah menyebabkan keresahan di kalangan penduduk di daerah ini walaupun sebenarnya ia tidak benar. Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor Azli…










