KUALA LUMPUR – Selepas mencipta nama di Hollywood menerusi filem debut, Crazy Rich Asians, pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding bakal muncul dengan filem baharu berjudul Last Christmas di samping bintang Game of Thrones, Emilia Clarke. Melalui perkongsian di Instagram pelakon asal Kuching, Sarawak itu, beliau sekali lagi bekerjasama dengan pengarah filem, Paul Feig yang merupakan sutradara filem A Simple Favor. “Saya berbangga untuk berlakon sama dengan Emilia Clarke dalam filem…










