Hasnita Pengerusi baharu Mara - Utusan Malaysia

Hasnita Pengerusi baharu Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Dr. Has­nita Hashim dilantik se­bagai Pengerusi Majlis Ama­nah Rakyat (Mara), berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sini hari ini turut mengumumkan enam lagi pelantikan ahli lem­baga pe­ngarah yang baharu.

Mereka ialah Rektor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Ra­zak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Dr. Nungsari Ahmad Radhi dan Pengarah Urusan My­din Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin.

Turut dilantik Pengerusi May­­ban Life Assurance Berhad, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Moha­med; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad (AMB), Zakri Khir.

Menurut kenyataan itu, Has­­nita mempunyai kelu­lusan doktor falsafah (PhD) dalam bi­dang Nuk­lear Fizik dari Uni­versiti Oxford dan mem­punyai penga­laman se­lama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global.

Hasnita pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Ekse­kutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

“Beliau memulakan karier­nya di Coopers & Lybrand De­loitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries.

“Kini, beliau ialah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga Ahli Lembaga Pengarah Maybank Banking Berhad,” jelas kenyataan itu.

Jawatan Pengerusi Ma­ra itu kosong berikutan pe­nya­n­dangnya, Tan Sri Annuar Mu­sa digantung tugas berkuat kuasa 31 Januari tahun lalu kerana disiasat berhubung kes penya­lahgunaan kuasa.

Selain itu, kedudukan insti­tu­si tersebut selepas pilihan ra­ya umum lalu turut menjadi tanda tanya, bagaimanapun Per­­dana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mo­hamad menegaskan Mara ke­kal di bawah Kementerian Pem­ba­ngunan Luar Bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN