Hasnita Pengerusi baharu Mara - Utusan Malaysia

Hasnita Pengerusi baharu Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi baharu Maj­lis Amanah Rakyat (Mara) berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Menurut ke­nyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Hasnita yang kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik daripada Universiti Oxford, Britain mempunyai pengalaman 26 tahun dalam pe­ngurusan kewa­ngan global.

Selain itu, kenyataan tersebut menyebut, Hasnita, 57, pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau merupakan ahli Institute of Actuaries.

“Kini, beliau ialah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pe­ngarah Maybank Berhad,” kata kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini