MEMPUNYAI rumah sendiri adalah impian bagi setiap orang. Namun, tidak semua mampu untuk memilikinya. Kenaikan harga rumah saban tahun membimbangkan rakyat. Mengikut laman sesawang EdgeProp.my, antara tahun 2011 hingga 2017, peningkatan harga rumah menunjukkan sebanyak 7.78 peratus melebihi peningkatan isi rumah iaitu -0.75 peratus. Hal ini menjadi faktor utama kegagalan rakyat untuk memiliki rumah terutama bagi golongan M40 dan B40. Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014,…










