Harapan Kah Ming-Juan Shen musnah - Utusan Malaysia

Harapan Kah Ming-Juan Shen musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Hasrat beregu lelaki No. 3 negara Chooi Kah Ming-Low Juan Shen untuk melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Korea Selatan gagal apabila mereka tumpas kepada wakil Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe di Seoul hari ini.

Kah Ming-Juan Shen yang menghuni ranking ke-24 dunia terpaksa akur kepada pasa­ngan pilihan kelapan dari Jepun tersebut apabila tumpas 21-13, 21-12 dalam tempoh 29 minit.

Meskipun gagal ke final namun pencapaian pasangan beregu negara itu adalah sesuatu yang membanggakan apabila kekal konsisten untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam dua kejohanan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan beregu negara itu sebelum ini mencipta kejutan apabila menewaskan wakil dari Taiwan, Su Ching Heng-Liao Min Chun yang menduduki tangga ke-19 dunia untuk mara ke suku akhir kejohanan.

Kah Ming-Juan Shen menjadi wakil tunggal Malaysia dalam separuh akhir setelah rakan senegara mereka tumpas lebih awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini