Hala tuju UMNO perlu jelas – Khairy - Utusan Malaysia

Hala tuju UMNO perlu jelas – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Timbul persoalan mengenai hala tuju UMNO selepas seorang demi seorang kepemimpinannya mengambil langkah meninggalkan parti itu.

Khairy Jamaluddin

Semuanya bermula berikutan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam sejarah negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Meskipun telah mengadakan pemilihan dan menentukan pucuk kepemimpinan baharu, UMNO di­lihat semakin ‘hilang arah’ apabila beberapa pemimpin berpengalaman bertindak keluar parti.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini dijadikan me­dan menjelaskan hala tuju parti.

“Jika perhimpunan agung tidak berjaya memberi hala tuju jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar daripada UMNO,” katanya.

Kenyataan sebagai respons terhadap laporan seorang lagi ahli UMNO iaitu Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang mengumumkan keluar parti hari ini.

Minggu lalu, UMNO dikejutkan dengan tindakan pemimpin berpengalaman iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang mengumumkan keluar parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN