Guru wanita rugi RM214,000 diperdaya sindiket penipuan internet - Utusan Malaysia

Guru wanita rugi RM214,000 diperdaya sindiket penipuan internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Seorang guru wanita kerugian RM214,000 akibat diperdaya oleh sindiket yang menyamar sebagai lelaki Eropah menerusi perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan pencarian pekerjaan dan perniagaan di internet setahun lalu.

Mangsa berusia 32 tahun yang masih bujang dikatakan membuat pinjaman di dua bank bagi mendapatkan wang untuk diberikan kepada suspek yang mendakwa mengalami masalah kewangan. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, sepanjang setahun perkenalan tersebut, mangsa yang mengajar di sekolah menengah di sini telah melakukan beberapa transaksi ke dalam dua akaun suspek. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guru wanita itu bersetuju untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan suspek dan telah melakukan transaksi melalui dua akaun dengan jumlah keseluruhan RM214,000.

“Mangsa menyedari ditipu apabila mendapati laman web tersebut telah ditutup dan suspek gagal dihubungi sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Arshad berkata, berdasarkan kes-kes terdahulu, suspek menggunakan modus operandi menyasarkan mangsa wanita yang menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari kenalan dan mencurahkan masalah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini