Guru wanita maut kereta rempuh treler - Utusan Malaysia

Guru wanita maut kereta rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 20 Sept. – Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kayu getah di Kilometer 26, Jalan Seremban-Kuala Pilah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, mangsa, M.Tanalachumy, 26, yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelpin dekat Jempol meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, kemalangan berlaku semasa kereta Proton BLM dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta lain namun bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu treler tersebut terbabas ke kanan jalan dan terlanggar sebuah lagi kereta Proton Saga BLM.

“Mangsa yang beralamat di Taman Bukit Berlian, Seremban meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu treler dan sebuah lagi kereta tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat Tanalachumy dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Roslan Sahrani berkata, seramai tujuh anggota dari balai itu mengambil masa kira-kira lima minit mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini