LAWAS – Perjalanan dua orang guru untuk menghantar kertas jawapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Wisma Persekutuan di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Bukit Suling di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Arrzahara Affendi, 28, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Lawas. Difahamkan, guru wanita menghembuskan…










