Guru besar meninggal ketika perhimpunan pagi - Utusan Malaysia

Guru besar meninggal ketika perhimpunan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 30 Sept. – Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Peng 1, Kerk Kian Sin meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika perhimpunan pagi di sekolah itu, kira-kira 7.30 pagi tadi.

KERK KIAN SIN
KERK KIAN SIN 

Mangsa yang berusia 55 tahun dan mula bertugas sebagai guru besar di sekolah itu sejak November tahun lalu sedang menyampaikan ucapan ketika kejadian sebelum tiba-tiba rebah di atas pentas perhimpunan.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Kuo Wei Ching berkata, Kian Sin sempat berucap selama 15 minit dan hampir menghabiskan ucapan mingguannya itu di hadapan 908 murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas dia rebah, seorang guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cuba memberi bantuan segera namun tidak berjaya dan kami terus membawanya ke Klinik Kesihatan Yong Peng.

“Sebaik tiba di klinik, doktor mencuba sehabis mungkin untuk menyelamatkannya tetapi tidak berjaya dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim mengesahkan kejadian terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini