KUALA LUMPUR 26 Sept. – Graduan ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak kini berdepan ‘dilema’ berikutan tiada sebarang temuduga daripada Kementerian Pendidikan sejak enam tahun lalu. WAN SUMAIYAH Keadaan itu menyebabkan 550 graduan berkenaan termasuk 550 orang lagi yang masih melanjutkan pengajian mengalami masalah mencari pekerjaan selaras dengan kelulusan mereka. Wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Wan Sumaiyah Wan Shukri mendedahkan, perkara itu berlaku berikutan wujud ketetapan kekosongan guru…










