Geng Hitam pecah rumah tumpas - Utusan Malaysia

Geng Hitam pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua lelaki tempatan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah rumah di sekitar daerah Penampang dan Kota Kinabalu sejak sebulan lalu.

Dua suspek yang masing-masing berusia 25 tahun tersebut ditahan di gedung 1Borneo selepas dikejar polis dari arah Manggatal dekat sini pada pukul 5.30 pagi, kelmarin.

Dimaklumkan,semasa kejadian kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kedua-dua lelaki terbabit merupakan Geng Hitam yang mana nama itu diambil sempena gelaran salah seorang suspek dikenali sebagai Pak Hitam.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut, pihak polis menemui pelbagai peralatan untuk pecah rumah seperti dua batang besi kuku kambing yang diubah suai, dua batang pemutar skru, sebatang besi, enam sarung tangan berwarna putih.

“Selain itu, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu di sini hari.

Sehubungan itu, kedua-dua suspek direman selama empat hari untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN