KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia). Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini, menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi itu. “Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu.…










