KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.2 skala Richter menggegarkan semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada pukul 6.02 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 80 kilometer (km) utara dari Palu, republik itu. Dua gempa susulan yang berukuran 5.3 dan 5.9 pada skala Richter masing-masing pada 6.14 petang dan 6.16 petang turut dilaporkan melanda lokasi yang sama. Tiada tsunami ekoran gegaran berkenaan. – Bernama










