JAKARTA – Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu petang tadi. Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah. Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, gempa bumi…










