MANILA 21 Sept – Filipina menggantung sementara semua operasi kuari di tujuh wilayahnya berikutan tanah runtuh berhampiran kuari batu kapur yang mengorbankan 29 nyawa, dengan berpuluh-puluh dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan batu. Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli, Roy Cimatu mengumumkan penggantungan sementara selama 15 hari dalam menunggu penilaian keselamatan di kawasan kuari lain. Kejadian tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat awal pagi semalam, menimbusi kira-kira 12 rumah dan beberapa…










