TARIKH 16 September adalah satu tarikh penting bagi Malaysia. Pada tarikh ini 55 tahun lalu Persekutuan Malaysia dibentuk terdiri daripada empat komponen iaitu Persekutuan Tanah Melayu (yang terdiri daripada Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka), Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei yang pada asalnya juga dirancang bagi menjadi anggota persekutuan, tidak menyertainya pada saat-saat akhir. Singapura keluar daripada Persekutuan pada Ogos 1965 kerana masalah…










