Etiqa Takaful, AIM terus bantu nelayan - Utusan Malaysia

Etiqa Takaful, AIM terus bantu nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Sept. – Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) memperuntukkan kira-kira RM50,000 setahun bagi memberi bantuan kepada golongan nelayan di negara ini.

Ketua Pengurusan Prestasi Wilayah, Etiqa Insurans dan Takaful, Mohd. Rohaizad Samsuddin berkata, pihaknya telah lapan tahun bekerjasama dengan IAM iaitu sejak 2011 bagi menjalankan program seumpama itu.

“Bagi saya program bagi tahun ini dilihat sebagai yang terbaik kerana memberi bantuan set yang lengkap terma­suklah pukat, tong ikan, joran dan peralatan memancing kepada nelayan berbanding sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kira-kira RM30,000 dibe­lanjakan bagi pembelian pukat sahaja daripada RM50,000 kos keseluruhan yang diperuntukkan setiap tahun,” katanya dalam Program Kemanusiaan Bantuan Pukat Kepada Nelayan di Jeti Nelayan Beserah, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden IAM, Zawahir Abdullah.

Selain Pahang, program seumpama itu turut dijalankan di Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak setiap tahun sebelum bermulanya musim tengkujuh.

Sementara itu, Zawahir ber­kata, sumbangan bertujuan meringankan beban yang dihadapi oleh komuniti nelayan di negara ini.

“Sumbangan ini merupakan keprihatinan pihak IAM dan Etiqa Takaful mengenai nasib golongan nelayan yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan menangkap ikan terutamanya pukat.

“Program bantuan ini melibatkan peruntukan zakat perniagaan Etiqa Takaful yang dilaksanakan melalui IAM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini