Erdogan tiba di Jerman, kawalan keselamatan ketat - Utusan Malaysia

Erdogan tiba di Jerman, kawalan keselamatan ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 27 Sept. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Jerman dalam siri lawatannya selama tiga hari dengan kedua-dua pihak berharap akan membantu membina semula hubungan renggang beberapa tahun ini.

Hubungan antara sekutu NATO terjejas selepas kerajaan Erdogan menahan puluhan ribu orang dalam pembersihan besar-besaran berikutan cubaan pemberontakan pada 2016, melibatkan beberapa warga Jerman.

Canselor Jerman, Angela Merkel berulang kali menekankan pentingnya hubungan baik dengan Ankara , rakan bagi menangani masalah pendatang di pantai Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawalan ketat di ibu negara , ketika Erdogan tiba di luar Lapangan Terbang Tegel, terdapat sekumpulan penunjuk perasaan kebebasan akhbar ‘Reporters Without Borders’ berkumpul di situ.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini