LONDON 4 Sept. – Raheem Sterling terpaksa diketepikan daripada skuad Three Lions, yang akan berdepan Sepanyol dan Switzerland susulan kecederaan belakang, kata Persatuan Bola Sepak England. Pemain sayap Manchester City itu, yang beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan England sehingga mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 Rusia, telah meledak dua gol di Liga Perdana Inggeris musim ini. Pengurus Gareth Southgate, yang menyambut hari ulangtahun kelahiran ke-48 pada semalam, dijangka…









