Enam pegawai Imigresen dan dua wanita direman 4 hari - Utusan Malaysia

Enam pegawai Imigresen dan dua wanita direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pertuduhan menyeludup masuk warga asing semalam, direman empat hari sehingga Selasa depan.

Kesemua mereka terdiri daripada enam pegawai Imigresen berusia 27 hingga 36 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dalam satu serbuan bermula pada pukul 8.15 pagi.

Turut ditahan adalah dua wanita, masing-masing terdiri daripada seorang ahli perniagaan wanita berusia 49 tahun yang ditahan di Kelantan dan seorang ejen warga Vietnam berusia lingkungan 30-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua lapan suspek dipercayai terlibat menerima rasuah kerana menyeludup masuk warga asing khususnya dari Bangladesh melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peguam bela enam pegawai Imigresen terbabit, Mohamad Zahid Ahmad berkata, perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

“Pegawai penyiasat meminta tempoh reman selama tujuh hari namun pihak mahkamah hanya membenarkan reman selama empat hari.

“Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini