IPOH 19 Sept. – Satu rekod kebangsaan dan tiga rekod kejohanan berjaya diperbaharui ketika Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Perak bakal menutup tirai pada Sabtu ini. Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Jabriella Teo Samuel paling mencuri tumpuan apabila berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara snatch bawah 75 kilogram (kg) dengan mengangkat 86kg untuk mengatasi rekod lama milik atlet Johor, Arisha Farra Erwin yang dilakukan di Melaka pada 2010 dengan jumlah angkatan…










