Empat menteri kerajaan junta Thailand tubuh parti baharu - Utusan Malaysia

Empat menteri kerajaan junta Thailand tubuh parti baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 29 Sept. – Empat menteri kerajaan junta negara ini menubuhkan sebuah parti baharu ketika spekulasi mendakwa mereka akan menyokong Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha terus kekal berkuasa, menjelang pilihan raya umum yang dijanjikan pada Mei depan.

Parti Palang Pracharat yang mirip nama dasar pembangunan sosial dan ekonomi kerajaan tentera itu akan diketuai oleh Menteri Industri, Uttama Savanayana yang berikrar untuk membantu mengatasi jurang politik di negara ini.

“Kita telah membazirkan masa dan peluang untuk membangunkan negara ini,’’ katanya yang merujuk kepada konflik politik bekas Perdana Menteri, Thaksin dan Yingluck Shinawatra.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Prayuth memberitahu beliau `berminat dalam politik’.

Empat menteri terbabit adalah anggota kabinet Prayuth yang pertama membentuk parti politik berkemungkinan untuk menyokong beliau menjelang pilihan raya akan datang.

Seperti Prayuth, keempat-empat menteri itu memaklumkan mereka tidak akan melepaskan jawatan yang disandang sekarang. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini