PAGI itu ruang udara Dataran Putrajaya digegarkan dengan pertunjukan terbang lintas pesawat dan helikopter sekali gus menarik perhatian lebih 300,000 pengunjung yang membanjiri lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos baru-baru ini. Ia melibatkan 27 helikopter, 11 pesawat angkut, 17 pesawat pejuang selain 16 pesawat Pilatus PC-7 Mk II yang memukau khalayak dengan aksi penerbangan membentuk formasi angka 61. Seramai 32 juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjayakan pembentukan…










