Eddy Chen dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia - Utusan Malaysia

Eddy Chen dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR -Tan Sri Eddy Chen dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas.

Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Metro Kajang Berhad dan pernah menjadi Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) bagi tempoh 1998 hingga 2002.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Eddy Chen mempunyai pengalaman luas dalam industri pembangunan hartanah selama lebih tiga dekad,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah PR1MA yang baharu iaitu Datuk Faris Yahaya, Mohd. Ali Abdul Karim dan Ahmad Shahrul Mohamed yang turut berkuat kuasa pada 1 Oktober. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini