Duduk pun kena denda - Utusan Malaysia

Duduk pun kena denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Venice, ITALI – Venice kini bukan lagi tempat percutian eksklusif untuk pasangan kekasih memandangkan wilayah itu kini dibanjiri puluhan ribu pelancong setiap hari. Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa melaksanakan undang-undang baru yang ketat.

Undang-undang itu adalah sesiapa sahaja yang duduk berehat di tempat yang telah diwartakan sebagai larangan atau berhenti di ruang pejalan kaki atas jambatan ketika waktu sesak, anda boleh didenda sehingga RM2,425.21 (500 Euro).

Peraturan yang sudahpun berkuatkuasa pada tahun lalu dicadangkan oleh Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro bagi mengawal tingkah laku pelancong yang membanjiri kota romantik tersebut.

“Kami mahu pelancong terutamanya dari negara lain menghormati tempat kami dan tidak sewenang-wenangya melakukan apa sahaja di sini,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa tempatan juga telah memasang pagar sementara bagi mengawal laluan pejalan kaki dan menutup jambatan itu sekiranya keadaan menjadi terlalu sesak, namun mendapat tentangan penduduk tempatan.

Antara peraturan lain yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Venice adalah larangan berenang di terusan, berbasikal di luar laluan yang dibenarkan, larangan memberi makan kepada burung serta larangan mengenakan pakaian renang atau separuh bogel di kawasan dalam bandar.

Pihak berkuasa Venice juga bercadang untuk melarang kapal-kapal persiaran besar daripada berlabuh di jetinya pada tahun 2021.–SKY NEWS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN