Duda dicekup edar 46 ketulan mampat ganja - Utusan Malaysia

Duda dicekup edar 46 ketulan mampat ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang duda berusia 46 tahun ditahan selepas polis menemui 46 ketulan mampat dadah disyaki ganja bernilai RM112,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, polis turut menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak kepada duda tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan menemui sebanyak 46 ketulan mampat ganja seberat 44.52 kilogram (kg) di rumah yang didiami dua beranak tersebut.

“Sebanyak 25 ketulan mampat ganja ditemui di bawah tilam, 12 ketulan di dalam kotak kertas, lapan ketulan di dalam beg plastik hitam dan satu lagi di ruang tamu rumah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, suspek yang bekerja sebagai buruh itu direman selama tujuh hari bermula semalam manakala anaknya telah dibebaskan dengan jaminan polis dan diserahkan kepada ibunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN