ALOR SETAR 15 Sept. – Dua lelaki parah ditetak dengan parang oleh tiga lelaki bertopeng dipercayai mempunyai kaitan dengan kongsi gelap Geng 36 di Jalan Sejati, Sungai Petani kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa berusia 24 dan 38 tahun cedera pada kedua-dua tangan, bahagian belakang badan dan pinggang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang berbual dengan dua lagi rakannya di jalan utama berkenaan sebelum didatangi sebuah kereta Perodua Myvi. “Kemudian tiga lelaki bertopeng yang masing-masing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya