Dua lelaki dituduh bunuh kucing - Utusan Malaysia

Dua lelaki dituduh bunuh kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Dua rakan serumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan penderitaan terhadap seekor kucing betina bun­ting hingga mati di dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Batu Caves, Sela­ngor minggu lalu.

Seorang pemandu teksi, A. Mohanraj, 41, dan rakannya S. Satthiya, 26, yang bekerja sebagai juruteknik elektrik me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, ke­dua-dua mereka didakwa telah dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis Dobi Queen Self Service Laundry, Taman Gombak Ria antara pukul 12.54 tengah malam hingga 1 pagi pada 11 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini