KUNAK 21 Sept. – Dua tali barut Abu Sayyaf yang bersembunyi di penempatan atas air, Kampung Kunak Tiga di sini maut ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis dalam operasi khas malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, kedua-dua penjenayah yang turut mempunyai kaitan dengan kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis ketika melarikan diri menggunakan sebuah bot pam. Komander pihak berkuasa…










