KUALA LUMPUR 14 Sept.- Dua daripada tiga lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh seekor kucing bunting di sebuah kedai dobi di Gombak dekat sini ditahan awal pagi tadi. Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di sekitar daerah itu hasil risikan dan maklumat awam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya kini bagaimanapun memburu seorang lagi…










