SHAH ALAM – Dua lagi mangsa maut dipercayai akibat keracunan arak menjadikan jumlah keseluruhan 27 kematian di Selangor sehingga pukul 6 petang tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang maut membabitkan dua warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an, masing-masing meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan Selayang.
“Seramai 11 orang masih dirawat di beberapa buah hospital sekitar Lembah Klang manakala 21 yang lain telah dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, semua mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan, Nepal (9), Myanmar (12), Bangladesh (2), India (1) dan seorang mangsa tidak diketahui identiti. – K! ONLINE











