KOTA TINGGI – Tindakan dua buah kapal tangki memindah minyak disyaki Marine Gas Oil (MGO) tanpa membayar cukai ketika melakukan pemindahan minyak secara kapal ke kapal (STS) membawa padah apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) di Tanjung Setapa, Pengerang di sini awal pagi tadi. Pengarah APMM Zon Maritim (ZM) Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kedua-dua kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu ditahan pada pukul 12.15 pagi.…










