KUANTAN – Dua anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan mengalami luka bernanah di muka dan badan akibat disengat semut Charlie pada Sabtu lalu. Kanak-kanak tersebut, Adriella Angel Stenley, 2, serta Muhammad Iffat Iskandar Mohd. Babuddin berusia 11 bulan dipercayai disengat serangga berkenaan ketika berada di kediaman mereka di perumahan polis IPD Pekan. Ibu Muhammad Iffat Iskandar, Nurul Hazirah Zainol berkata, kira-kira tujuh ekor serangga tersebut dilihat…










