Dua calon UPSR lemas, dua selamat di Pengkalan Gelap - Utusan Malaysia

Dua calon UPSR lemas, dua selamat di Pengkalan Gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 30 Sept. – Dua murid Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat ditemukan lemas manakala dua lagi rakan mereka terselamat ketika berkelah dan mencari kepah di kawasan rekreasi berhampiran laluan santai Setiu (boardwalk Setiu) di Pengkalan Gelap di sini hari ini.

Mayat calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu, Nor Hafizatul Nabihah Mohd. Jaffar, 12, dari Kampung Rahmat ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.27 petang tadi manakala Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam, 12, dari Felda Chalok Rahmat pada pukul 4 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, mangsa yang terselamat pula ialah Ain Najiha Abdul Rani dan Nur Aishah Syakirah Ishak yang kedua-duanya dari Kampung Rahmat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden lemas di sungai kawasan tanah bencah ini merupakan kes kedua dalam masa dua bulan,” ujar beliau kepada pemberita.

Difahamkan, keempat-empat mangsa datang ke kawasan perkelahan itu bersama keluarga salah seorang daripada mangsa.

Katanya, seramai kira-kira 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Jertih, Besut dan Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini