SHAH ALAM – Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan dalam mengeluarkan ‘lesen memandu antarabangsa terbang’. Kedua-dua anggota JPJ itu adalah daripada bahagian pelesenan cawangan Bintulu, Sarawak semasa melakukan kesalahan tersebut bermula pada tahun 2015 lalu. Sementara, orang awam itu merupakan pemilik sekolah memandu di sekitar Damansara, Kuala Lumpur. Kesemua suspek yang ditahan berusia…










