KOTA KINABALU 14 Sept. – Dua lelaki yang merupakan suspek utama kes pecah rumah di daerah ini ditahan polis di Pusat Beli Belah One Borneo di sini, Rabu lalu. Kedua-dua suspek berusia 25 tahun yang juga ahli kumpulan penjenayah dikenali Geng Hitam itu ditahan pada pukul 5.30 pagi ketika cuba melarikan diri daripada polis. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek telah bergiat aktif…










