PUTRAJAYA 21 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin UMNO yang bertemu dengan beliau baru-baru ini. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun berkata, sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya dan pemimpin UMNO juga bebas bertemu sesiapa saja. “Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa Pas pula. “Kami bebas… bukan seperti sebelum ini. Dulu, jika kamu berjumpa orang yang salah, pegawai cukai pendapatan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan cari kamu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya