Dr Mahathir akui banyak masalah timbul dalam PH - Utusan Malaysia

Dr Mahathir akui banyak masalah timbul dalam PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu banyak masalah timbul dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian besar janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang digariskan gabungan tersebut akan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, atas sebab itu, kajian perlu dilakukan bagi meneliti semula 10 janji 100 hari itu.

“Kita mendapati banyak masalah dan berpendapat sebahagian janji dalam manifesto menimbulkan masalah dan kalau laksanakan, mungkin kita akan alami kerugian amat besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kita kena ada kajian atau beritahu kepada kerajaan PH untuk mengkaji semula janji-janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah, tapi sekarang kita menang, jadi sekatan-sekatan itu kena pada kita,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini