Doktor perubatan ditipu RM71,000 - Utusan Malaysia

Doktor perubatan ditipu RM71,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Gara-gara tidak mahu akaun bank dibekukan, seorang doktor perubatan kerugian RM71,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa dia terlibat dalam pengubahan wang haram dan dadah pada Rabu lalu.

Dalam kejadian ber­kenaan, mangsa seorang wanita Melayu berusia 50 tahun menerima panggilan daripada seorang perempuan Melayu yang mendakwa daripada pihak bank Alliance.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supe­rintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof (gambar kecil) berkata, perempuan berkenaan menyatakan bahawa dia mempunyai tunggakan pinjaman bank atas namanya selama tiga bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mang­sa menafikan perkara berkenaan (berhutang selama tiga bulan). Namun, panggilan te­lefon itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya untuk bercakap dengan suspek sebelum dimaklumkan dia terlibat de­ngan kes pengubahan wang haram dan dadah.

“Diberitahu bakal dikenakan tindakan pembekuan akaun, mangsa yang cemas seterusnya diarahkan suspek supaya memindahkan wang di dalam akaun bagi mengelakkan tindakan tersebut dikenakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini