JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, di sini kelmarin. Perbuatan suspek berusia 48 tahun itu terbongkar apabila seorang pekerja hotel bajet tersebut bertindak menghubungi pihak polis sebaik mencurigai perbuatannya pada pukul 9.15 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, sebaik tiba…










