Disyaki beri suapan, pemilik syarikat pembekal perkakasan dan jentera direman 5 hari - Utusan Malaysia

Disyaki beri suapan, pemilik syarikat pembekal perkakasan dan jentera direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pemilik syarikat pembekal perkakasan dan jentera ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes memberi suapan wang tunai berjumlah RM27,500.

Perintah reman sehingga Ahad ini tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Masni Hajar Ghazali di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber SPRM, suspek ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Kemaman pada pukul 5.40 petang semalam.

Kata sumber SPRM, pemilik syarikat itu disyaki memberi suapan berupa wang tunai kepada seorang pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu sebagai dorongan untuk meneruskan kerja-kerja pembekalan peralatan perkakasan dan jentera kepada ladang tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN