KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Pas menafikan tuduhan kononnya pakaian seragam Jabatan Amalnya menyerupai seragam tentera sebaliknya ia merupakan uniform rasmi yang sah dari segi undang-undang. Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, uniform yang julung kali dipakai dalam perbarisan kawalan kehormat sempena perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-64 semalam merupakan sebahagian daripada tujuh pakaian seragam pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Katanya, setiap negeri dan pertubuhan…










