KUALA NERUS 3 Sept. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meningkatkan perhatian terhadap aspek kebajikan pelajar dan keluarga mereka dengan menggerakkan beberapa inisiatif sempena sesi pendaftaran pelajar baharu semester September 2018/2019 bermula hari ini. Inisiatif yang memperlihatkannya lebih mendekati permasalahan bakal warganya dalam memulakan pengajian itu termasuklah menyediakan bantuan kewangan yang dinamakan Dermasiswa Al-Ikhlas menerusi kutipan bayaran zakat daripada 197 kakitangannya. Digerakkan oleh Pejabat Bendahari UMT, institusi berkenaan telah mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu…










